Wednesday, September 08, 2021

SOALAN LAZIM PERKAHWINAN DI JAWI SEMASA PKP PPN FASA 1


INI ANTARA SOALAN DAN PERTANYAAN YANG LAZIMNYA BERMAIN DIFIKIRAN. JAWAPAN TERSEBUT BERDASARKAN OLEH INFO YANG SAYA DAPAT DAN PERKONGSIAN ORANG RAMAI. MAAF JIKA TIDAK TEPAT. MUNGKIN AKAN BERUBAHA MENGIKUT KEADAAN SEMASA.

UNTUK NIKAH DI JAWI: KL

Tempoh Swab Test Covid-19 yang diterima?
- 3 hari sebelom hari perkahwinan, iaitu bersamaan 72 jam.

Swab Test Covid-19 yang Jawi terima? RTK-Antigen atau RT-PCR?
- Kedua-duanya diterima

Result Swab Test Covid-19 bila dan kepada siapa untuk diserahkan?
- Serahkan kepada jurunikah anda semasa hendak nikah.

Lepas dapat tarikh bila akan dihubungi?
- Dalam masa 2 hari sebelom hari nikah, pendaftar akan hubungi salah seorang bakal pengantin.

Bawa apa semasa nikah?
- Mas kahwin
- Result swab test
- Upah nikah & saksi
- Barang batal air sembahyang (pilihan dan tidak wajib bawak)

Siapa sahaja yang terlibat dan boleh masuk dewan nikah?
- Bakal pengantin lelaki & perempuan dan wali 
- Jurunikah dan 2 orang saksi dari pihak Jawi.

Boleh record atau live ataupun tidak?
- Boleh, pihak Jawi dah sediakan stand untuk record

Tempoh masa yang diambil proses menikah?
- Tidak sampai 15 minit

Soalan yang ditanya semasa nikah?
- Tidak ada soalan, hanya soalan untuk memeriahkan suasana sahaja.


UNTUK NIKAH DI PAID: SELANGOR

Swab Test Covid-19 yang Jawi terima? RTK-Antigen atau RT-PCR?
- Hanya RT-PCR sahaja diterima



SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) PEMULIH 2021


Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.



Semakan BKC

Sebagai makluman, semakan status BKC akan dibuka mulai 6 September 2021 (Isnin) melalui laman portal khas BKC iaitu

https://bkc.hasil.gov.my/

Anda hanya boleh membuat semakan status mulai 6 September 2021 (Isnin).