
Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen Malaysia terbitan UAS Animation Studios yang bersiaran di TV1 dari 1998 hingga 2005. Ia diilhamkan oleh Kamn Ismail semasa perbincangan di meja bulat bersama pasukan pengasasnya pada Jun 1997 kerana menginginkan kehadiran "Adiwira Kebangsaan" pada ketika itu. Reka bentuk watak tersebut kemudiannya dibangunkan oleh Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, bekas animator Usop Sontorian. Konsep asal animasi ini dicipta oleh Kamn dan pasukannya. Pada tahun 2008, Keluang Man ditayangkan semula melalui saluran TV9.
Borhan/Keluang Man – Di sebalik topeng Keluang Man, Borhan adalah seorang pesakit sakit jiwa dan menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila. Borhan akhirnya menghilang diri selepas van yang dinaikinya terbabas lalu jatuh ke dalam gaung. Borhan mempunyai tunang bernama Suri namun telah diculik oleh Samsir yang juga pernah bertindak memukul Borhan di kepala. Akhirnya, Borhan terpaksa dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan susulan. Nasib borhan setelah menghilangkan diri tidak diketahui keadaannya. Kehilangan borhan dalam siri keluang man amatlah misteri.
Samad/Tiong Man – Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, menjelma sebagai Tiong Man pada sebelah malam, adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tidak disengajakan berlaku di bengkelnya, beliau telah hilang ingatan dan perlu mendapatkan rawatan. Dialog popularnya ialah "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!" iaitu kata-kata Samad kepada Aishah yang masih lagi mahu berjumpa dengannya di hospital berkenaan. Babak menarik yang lain bagi watak Aishah adalah apabila Samad secara tidak sengaja terlucut sarung tangannya ketika cuba menyelamatkan Aishah. Kejadian itu telah menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuannya, Aishah sudah mengetahui identitinya. Selepas Borhan menghilang cerita Keluang Man diteruskan dengan cerita Samad tetapi Borhan/Keluang Man sudah tiada dalam episod tersebut.Samad dan Aishah menjadi watak utama selepas ketiadaan Borhan.
Samsir Jauhari – Dia merupakan musuh ketat Borhan atau Keluang Man. Dia mengamalkan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap guru silatnya. Dia amat membenci Borhan kerana berjaya mengalahkan silatnya. Samsir akhirnya insaf setelah Keluang Man mematahkan kakinya dan dia ditangkap oleh polis setelah dia mencederakan guru silatnya itu. Dia jugalah yang mengakibatkan Borhan berada di Pusat Mental Tumpoi.
Ated - Pekerja Pusat Mental Tumpoi yang sering menghadapi masalah dengan Borhan, dia selalu bengang apabila Borhan keluar malam, malah sering mengunci Borhan di dalam bilik gelap namun dia berjaya melepaskan diri. Ated juga adalah pembantu Dr Ramoo. Ated juga merupakan orang yang berjaya memberkas BORHAN semasa episod kehilangan dan menyebabkan borhan ditukar ke Tanjong Durian.
Sarip & Dol – Mereka berdua merupakan pesakit mental di pusat tersebut. Seringkali membuli pesakit yang baru masuk ke pusat tersebut. Mereka berdua menyuruh pesakit baru masuk memakan sampah dan mereka juga mengatakan kucing adalah kambing. Sarip dan Dol selalu bergaduh dengan Borhan namun ditenangkan oleh Ated. Mereka begitu menghormati Ated dan juga takut kepadanya.
Dr. Ramoo – Seorang doktor pesakit mental di pusat itu. Borhan dan Samad memanggilnya abang janggut. Merupakan boss kepada Ated. Selalu bersabar dengan kerenah pesakitnya.
Inspektor Sahab - Seorang anggota polis yang sering menghadapi masalah dengan Keluang man dan tiongman. Apabila tiba di lokasi jenayah, keluang man terlebih dahulu menumpaskan penjenayah tersebut. Ini mengakibatkan beliau bengang dengan keluang man sehingga mengarahkan anggotanya supaya menangkap keluangman namun gagal.suaranya amat lucu. Beliau berkawan rapat dengan Khaty iaitu seorang wartawan di Tumpoi.
Dramendra (VALVAL) - Merupakan keluangman yang pertama dan asal. Musuh Ahmad Nisfu. Merupakan polis india. Mempunyai seorang isteri bernama Rashika. seorang yang kacak, namun lumpuh akibat kecedaraan kaki setelah ditembak oleh Ahmad Nisfu.
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment